Pengalaman Bekerja Sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Seperti mana orang lain yang terkesan dalam bidang pekerjaan akibat wabak Covid-19, aku juga sama seperti mereka. Berbekalkan pengalaman kerja di dalam bidang perhotelan membuatkan aku susah untuk mendapatkan pekerjaan lain di musim pandemik ini. 😓

Pada tanggal 01 September 2021 aku bermula sebagai seorang Pekerja Sambilan Harian di Pejabat Hutan Daerah Bentong, Pahang. Walaupun bekerja sebagai PSH, namun tugas kerja adalah sama dengan penjawat awam yang lain. Waktu kerja adalah seperti di pejabat dengan waktu bekerja daripada jam 8 pagi sehingga 5 petang dan cuti pada hujung minggu serta cuti umum.

Menjadi staf PSH di Pejabat Hutan Daerah Bentong sedikit berbeza dengan jabatan lain kerana di sini staf PSH juga boleh melakukan kerja luar seperti mengutip biji benih di hutan, melakukan semaian pokok dan pelbagai lagi. Jadi tiada istilah bosan dan duduk bawah "aircond" sahaja. Ini merupakan pengalaman yang berharga bagi aku.

Kontrak PSH adalah selama 3 bulan dan akan diperbaharui mengikut keperluan jabatan serta prestasi semasa. Sesuai untuk yang nak cari pengalaman kerana gaji yang ditawarkan bergantung di atas gred dan dikira sehari. Sebagai contoh gred 19 adalah sebanyak RM54 sehari. 

Walaupun baru sebulan bekerja sebagai PSH, tetapi minat aku terhadap kerja di Jabatan Perhutanan semakin meninggi. Aku juga membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di "Fortrain" selama setahun supaya aku boleh mendapatkan kerja tetap di jabatan ini. Doakan aku ya. 👌

Share:

MAGIC BLUE

 

Ada tak yang pernah cuba produk magic blue? Oh ya, apa tu Magic Blue? Produk apa? Siapa yang punya?

Mesti ada yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan semua, Magic Blue merupakan produk kesihatan terdiri daripada pomade, face cleaner, habbatussauda, minyak angin, deodorant dan shower gel.

Jenama dan produk Magic Blue adalah keluaran muslim 100% dan menggunakan bahan semula jadi dalam penghasilan produknya.

Produk pertama dihasilkan pada tahun 1989 dan masih dijual sehigga kini. Selain itu, pelbagai testimoni positif daripada pengguna juga menjadi sebab Magic Blue mampu bertahan dalam industri kesihatan.

Jika ada yang mencari produk Magic Blue dan ingin menjadi ejen, boleh hubungi saya, In Sha Allah Magic Blue boleh membantu dalam aspek kesihatan dan juga kewangan,




Share:


Pernah tak kita termenung dan merasa diri serba kekurangan di bandingkan dengan ahli keluarga, kawan-kawan dari segenap sudut?

Kurang dari segi kewangan, kerja, perhubungan, kehidupan dan lain-lain lagi. Sehingga pemikiran ini menjadikan kita merendah diri dan juga membuatkan kita takut nak berhadapan dengan dunia luar.

Lalu apa yang perlu kita lakukan? Perlu ke tukar kerja baru? Perlu ke kahwin? Perlu ke tambah kawan baru? Jawapannya mudah sahaja. Belajar untuk menerima dan memperbaiki apa yang kurang.

Kelemahan kita adalah bila kita tidak belajar bersyukur dan menerima apa yang kita dapat. Kita juga sering membandingkan diri dengan orang lain padahal semuanya bermula daripada garisan yang berlainan.

Apa yang penting, bersyukur. 🤲🏻

Share:

JODOH DAN AJAL, YANG MANA DULU?




Seringkali kita bertanya, siapakah yang akan menjadi jodoh kita? Bilakan kita akan dipertemukan dengan jodoh kita? Berapa lama jodoh kita akan bertahan? Dan seringkali juga kita mendengar bahawa kalau ada jodoh tak akan kemana. 

Jodoh sesuatu yang subjektif. Tak ada pilihan jawapan. Sudah tertulis siapa yang akan berjodoh dengan kita dan sebagainya. Namun masyarakat kita terlalu skeptikal bila sebut pasal jodoh. Ada yang sibuk mencari pasangan kaya, cantik, bijak dan sebagainya. Ada juga yang hanya follow the flow. Jika ada tak mengapa, kalau tiada juga tidak mengapa. 

Namun dari pandangan saya, kita sebenarnya lebih dekat dengan ajal daripada jodoh. Bukan bermaksud saya nak memprovoke pembaca. Ini adalah pandangan saya dari sudut masyarakat yang lahir dalam komuniti yang terlalu sibuk memikirkan jodoh. :)

Sebenarnya, jodoh sesuatu yang kita boleh "predict" atau jangka. Contohnya, kita boleh tetapkan tarikh pertunangan, tarikh pernikahan dan sebagainya. Tepat pada masa ijab kabul kita dan bersama dengan jodoh kita. Tetapi bila bercakap pasal ajal, iyanya boleh berlaku bila-bila masa. Sedangkan majlis ijab kabul bermula pukul 9 pagi, mungkin 8.59 pagi ajal akan menjemput kita. 

Apa yang saya cuba sampaikan, kita perlulah seimbang antara kehidupan. Mencari jodoh juga perlu, memperbanyakkan amal juga perlu. Ada kata-kata dimana kita sibuk mencari jodoh sampaikan kita terlupa mungkin kita berjodoh dengan ajal dahulu. 

Renung-renungkan dan selamat beramal.
Share:

7 Kunci Kebahagiaan dalam Kehidupan


Kadang-kadang dalam hidup akan ada masa kita rasa serba tak kena, serba tak cukup. Ketika ini jugalah kita akan rasa kerdilnya diri jika dibandingkan dengan orang lain. hidup sebenarnya akan lebih bermakna jika kita belajar menerima seadanya dan bersyukur dalam setiap apa yang kita terima. Saya nak kongsikan tips untuk merasa bahagia dari Saidina Ali bin Abi Talib. Jika kita amalkan, nescaya hati kita akan merasa tenang dan lebih bahagia. Berikut merupakan 7 KUNCI KEBAHAGIAAN :


✔ Jangan membenci siapapun, sekalipun ada yang menyalahi hakmu .
✔ Jangan pernah bersedih secara berlebihan sekalipun masalah memuncak .
✔ Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada .
✔ Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah .
✔ Perbanyak memberi walaupun hatimu sedang menangis .
✔ Jangan memutuskan doa untuk saudara mukmin .


- Ali bin Abi Talib -


Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua. Selamat beramal. 🤲

Share:

Petua - Gunakan telur bagi nasi lembik jadi elok

Hai semua bloggers,

Dah lama rasanya tak menulis di blog. Rasanya kali terakhir pada tahun 2019 dan sebelumnya pada tahun 2013. Blogging ni sebenarnya seronok bagi mereka yang ada sesuatu nak luahkan tetapi tak pandai nak berkomunikasi dengan orang lain. Yelah kadang-kadang malu kucing kan bila nak bercakap. Untuk petang ni, saya nak kongsikan satu petua yang mana saya ada gunakan baru-baru ni ketika memasak. Petua yang simple tapi orang jarang buat.

Pernah tak masak nasi kemudian terlebih air sehingga nasi jadi lembik? Ha nampak simple kan? Tapi biasa orang kita dia tanak balik beras lain, takpun kukus semula. Ada cara yang paling senang, jimat masa dan orang cakap 2 dalam 1 la. Nak tahu caranya? Senang aja. Ambil telur sebiji atau dua dan masukkan ke dalam periuk yang berisi nasi lembik tadi. Kemudian sambung masak dalam 10-15 minit sambil balikkan nasi tu. In Sha Allah nasi tadi akan cantik seperti sediakala dan dapat makan telur rebus juga. Hahaha. 

Sebelum tu jangan lupa basuh dulu kulit telur tu, jangan masukkan terus takut kotoran melekat pada nasi nanti.Sekian perkongsian saya pada petang ni. Semoga bermanfaat pada semua ya. 🥚
Share:

BORANG PERJANJIAN SEWA RUMAH

Sekarang ni tular pasal isu sewa rumah... Bila tuan rumah nak masuk semula rumah, keadaan rumah teruk sangat... Ada juga yang berbulan tak dapat nak kutip duit sewa... Almaklum masa nak sewa semua manis je... Kelat tu simpan tepi... Jadi untuk pengetahuan semua, tuan rumah sepatutnya sign perjanjian dengan penyewa tak kira penyewa tu keluarga atau kawan baik... Rumah ni aset penting, jangan sampai kita nak buat pelaburan tapi kita nak yang kena melabur untuk kos baikpulih... 
Share: