Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts


Pernah tak kita termenung dan merasa diri serba kekurangan di bandingkan dengan ahli keluarga, kawan-kawan dari segenap sudut?

Kurang dari segi kewangan, kerja, perhubungan, kehidupan dan lain-lain lagi. Sehingga pemikiran ini menjadikan kita merendah diri dan juga membuatkan kita takut nak berhadapan dengan dunia luar.

Lalu apa yang perlu kita lakukan? Perlu ke tukar kerja baru? Perlu ke kahwin? Perlu ke tambah kawan baru? Jawapannya mudah sahaja. Belajar untuk menerima dan memperbaiki apa yang kurang.

Kelemahan kita adalah bila kita tidak belajar bersyukur dan menerima apa yang kita dapat. Kita juga sering membandingkan diri dengan orang lain padahal semuanya bermula daripada garisan yang berlainan.

Apa yang penting, bersyukur. 🤲🏻

Share:

JODOH DAN AJAL, YANG MANA DULU?




Seringkali kita bertanya, siapakah yang akan menjadi jodoh kita? Bilakan kita akan dipertemukan dengan jodoh kita? Berapa lama jodoh kita akan bertahan? Dan seringkali juga kita mendengar bahawa kalau ada jodoh tak akan kemana. 

Jodoh sesuatu yang subjektif. Tak ada pilihan jawapan. Sudah tertulis siapa yang akan berjodoh dengan kita dan sebagainya. Namun masyarakat kita terlalu skeptikal bila sebut pasal jodoh. Ada yang sibuk mencari pasangan kaya, cantik, bijak dan sebagainya. Ada juga yang hanya follow the flow. Jika ada tak mengapa, kalau tiada juga tidak mengapa. 

Namun dari pandangan saya, kita sebenarnya lebih dekat dengan ajal daripada jodoh. Bukan bermaksud saya nak memprovoke pembaca. Ini adalah pandangan saya dari sudut masyarakat yang lahir dalam komuniti yang terlalu sibuk memikirkan jodoh. :)

Sebenarnya, jodoh sesuatu yang kita boleh "predict" atau jangka. Contohnya, kita boleh tetapkan tarikh pertunangan, tarikh pernikahan dan sebagainya. Tepat pada masa ijab kabul kita dan bersama dengan jodoh kita. Tetapi bila bercakap pasal ajal, iyanya boleh berlaku bila-bila masa. Sedangkan majlis ijab kabul bermula pukul 9 pagi, mungkin 8.59 pagi ajal akan menjemput kita. 

Apa yang saya cuba sampaikan, kita perlulah seimbang antara kehidupan. Mencari jodoh juga perlu, memperbanyakkan amal juga perlu. Ada kata-kata dimana kita sibuk mencari jodoh sampaikan kita terlupa mungkin kita berjodoh dengan ajal dahulu. 

Renung-renungkan dan selamat beramal.
Share:

7 Kunci Kebahagiaan dalam Kehidupan


Kadang-kadang dalam hidup akan ada masa kita rasa serba tak kena, serba tak cukup. Ketika ini jugalah kita akan rasa kerdilnya diri jika dibandingkan dengan orang lain. hidup sebenarnya akan lebih bermakna jika kita belajar menerima seadanya dan bersyukur dalam setiap apa yang kita terima. Saya nak kongsikan tips untuk merasa bahagia dari Saidina Ali bin Abi Talib. Jika kita amalkan, nescaya hati kita akan merasa tenang dan lebih bahagia. Berikut merupakan 7 KUNCI KEBAHAGIAAN :


✔ Jangan membenci siapapun, sekalipun ada yang menyalahi hakmu .
✔ Jangan pernah bersedih secara berlebihan sekalipun masalah memuncak .
✔ Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada .
✔ Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah .
✔ Perbanyak memberi walaupun hatimu sedang menangis .
✔ Jangan memutuskan doa untuk saudara mukmin .


- Ali bin Abi Talib -


Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua. Selamat beramal. 🤲

Share: