Pengalaman Bekerja Sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Seperti mana orang lain yang terkesan dalam bidang pekerjaan akibat wabak Covid-19, aku juga sama seperti mereka. Berbekalkan pengalaman kerja di dalam bidang perhotelan membuatkan aku susah untuk mendapatkan pekerjaan lain di musim pandemik ini. π
Pada tanggal 01 September 2021 aku bermula sebagai seorang Pekerja Sambilan Harian di Pejabat Hutan Daerah Bentong, Pahang. Walaupun bekerja sebagai PSH, namun tugas kerja adalah sama dengan penjawat awam yang lain. Waktu kerja adalah seperti di pejabat dengan waktu bekerja daripada jam 8 pagi sehingga 5 petang dan cuti pada hujung minggu serta cuti umum.
Menjadi staf PSH di Pejabat Hutan Daerah Bentong sedikit berbeza dengan jabatan lain kerana di sini staf PSH juga boleh melakukan kerja luar seperti mengutip biji benih di hutan, melakukan semaian pokok dan pelbagai lagi. Jadi tiada istilah bosan dan duduk bawah "aircond" sahaja. Ini merupakan pengalaman yang berharga bagi aku.
Kontrak PSH adalah selama 3 bulan dan akan diperbaharui mengikut keperluan jabatan serta prestasi semasa. Sesuai untuk yang nak cari pengalaman kerana gaji yang ditawarkan bergantung di atas gred dan dikira sehari. Sebagai contoh gred 19 adalah sebanyak RM54 sehari.
Walaupun baru sebulan bekerja sebagai PSH, tetapi minat aku terhadap kerja di Jabatan Perhutanan semakin meninggi. Aku juga membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di "Fortrain" selama setahun supaya aku boleh mendapatkan kerja tetap di jabatan ini. Doakan aku ya. π
0 comments:
Post a Comment