Seringkali kita bertanya, siapakah yang akan menjadi jodoh kita? Bilakan kita akan dipertemukan dengan jodoh kita? Berapa lama jodoh kita akan bertahan? Dan seringkali juga kita mendengar bahawa kalau ada jodoh tak akan kemana.
Jodoh sesuatu yang subjektif. Tak ada pilihan jawapan. Sudah tertulis siapa yang akan berjodoh dengan kita dan sebagainya. Namun masyarakat kita terlalu skeptikal bila sebut pasal jodoh. Ada yang sibuk mencari pasangan kaya, cantik, bijak dan sebagainya. Ada juga yang hanya follow the flow. Jika ada tak mengapa, kalau tiada juga tidak mengapa.
Namun dari pandangan saya, kita sebenarnya lebih dekat dengan ajal daripada jodoh. Bukan bermaksud saya nak memprovoke pembaca. Ini adalah pandangan saya dari sudut masyarakat yang lahir dalam komuniti yang terlalu sibuk memikirkan jodoh. :)
Sebenarnya, jodoh sesuatu yang kita boleh "predict" atau jangka. Contohnya, kita boleh tetapkan tarikh pertunangan, tarikh pernikahan dan sebagainya. Tepat pada masa ijab kabul kita dan bersama dengan jodoh kita. Tetapi bila bercakap pasal ajal, iyanya boleh berlaku bila-bila masa. Sedangkan majlis ijab kabul bermula pukul 9 pagi, mungkin 8.59 pagi ajal akan menjemput kita.
Apa yang saya cuba sampaikan, kita perlulah seimbang antara kehidupan. Mencari jodoh juga perlu, memperbanyakkan amal juga perlu. Ada kata-kata dimana kita sibuk mencari jodoh sampaikan kita terlupa mungkin kita berjodoh dengan ajal dahulu.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
0 comments:
Post a Comment