INFO!!! Maklumat mengenai BUAH MELAKA
BUAH MELAKA atau juga dikenali sebagai ONDE-ONDE mendapat namanya daripada buah pokok Melaka yang bewarna hijau kekuning-kuningan... BUAH MELAKA dipercayai telah wujud sejak zaman penjajahan lagi... Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat BUAH MELAKA adalah tepung pulut, jus pandan wangi, garam, gula melaka, kelapa parut serta air mendidih... :)
INFO!!! Mengenai MASJID KRISTAL
MASJID KRISTAL merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan perlancongan TAMAN TAMADUN ISLAM di PULAU WAN, TERENGGANU... Masjid yang dibina daripada kaca dan keluli juga menyediakan liputan WIFI untuk akses membaca al-Quran elektronik... :)
Trip ke SHAH ALAM Dan ICT!!
Disebabkan admin student pengurusan perlancongan, kena la pergi ke SHAH ALAM untuk belajar sistem ticketing... Pengalaman baru, suasana baru... Memang seronok... Alang-alang dapat jgk pergi ke ICT... :)
INFO!! Asal Usul Bahulu
Mengikut sejarah orang-orang dahulu, BAHULU atau BAULU adalah datang dari frasa "buah tangan dari hulu". Ini kerana orang-orang dahulu menggunakan pengangkutan air sebagai jalan utama. Oleh kerana ketinggian budi orang Melayu, mereka sangat menghormati jiran tetangga dan saudara mara. Kuih Bahulu dijadikan buah tangan dan menjadi medium pengerat hubungan sesama mereka.
Second Trip ke GENTING HIGHLANDS!!!
Kali kedua, admin pergi melancong ke GENTING HIGHLANDS... Mula-mula gayat jugak naik gondola tu... Yang paling best time nak mandi, sejuk sangat, nak mandi air panas pun jadi air sejuk... :)
Jom naik HOUSEBOAT!!!
Mesti ramai yang tak pernah naik lagi HOUSEBOAT kan??? Kalau dekat TERENGGANU, memang famous... Kalau nak cuba, boleh la tempah dengan admin sekarang... Telefon 0148154160... :)
Pengalaman Melancong Kali Pertama
Yang ini merupakan kali pertama admin pergi trip... Trip subjek ke KUANTAN... Pada waktu ini lah admin jatuh cinta dengan bidang perlancongan... Seronok sangat walaupun sebenarnya penat trip ni... :)